Rasulullah Idola Sejati
Setiap perbuatan Rasulullah saw mengandungi perintah (thalab) baginda terhadap perbuatan tersebut. Perbuatan tersebut tidak menunjukkan makna wajib, sunah atau mubah. Hanya melalui indikasi (qarinah) tertentu dapat dipastikan samada perbuatan baginda saw tersebut membawa status wajib, sunah ataukah mubah. Kerana itulah, hukum asal perbuatan baginda saw hanya menunjukkan adanya perintah (thalab), bukan yang lain. Kemudian, qarinahlah yang menentukan status perbuatan tersebut samada wajib, sunah atau mubah.
Terdapat dua aspek yang berkaitan dengan perbuatan Rasulullah saw. Aspek pertama adalah yang berkaitan dengan hukum mengikuti perbuatan baginda (hukmu al-ittiba’). Di dalam aspek ini, setiap muslim wajib menjadikan Rasulullah saw sebagai rujukan ketika melaksanakan suatu perbuatan. Aspek kedua ialah hukum melaksanakan perbuatan baginda (al-qiyam bihi). Di dalam aspek ini pula, status setiap perbuatan itu mesti ditentukan melalui indikasi yang terdapat di dalamnya; iaitu samada ianya adalah termasuk di dalam perkara wajib, sunah ataupun mubah.....
***************
RASULULLAH IDOLA SEJATI
Pada 15hb April 2005 yang lalu, Program Fiesta Media Idola telah dirasmikan oleh Sultan Pahang di Stadium Darul Makmur. Fiesta Media Idola (FMI) ini dianjurkan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan diantara pihak media, artis, bintang sukan dan rakyat. Acara yang diadakan pada 15-17 April itu dikatakan telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat. Ini tidaklah menghairankan memandangkan ramai artis popular dan bintang sukan yang terlibat di dalam acara yang dipertandingkan.
peminat sudah tentunya tidak mahu melepaskan peluang untuk berinteraksi dengan artis yang selama ini menjadi idola mereka. Namun hakikatnya, disebalik ‘kejayaan’ penganjuran program tersebut, tidakkah kita tertanya-tanya samada menjadikan artis dan bintang sukan sebagai idola akan benar-benar dapat membina shakhsiah para remaja Islam kita hari ini? Kejadian-keajadian tidak bermoral yang begitu banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini sudah tentu membimbangkan kita dan kewajaran diadakan Fiesta sebegini perlulah dipersoalkan.
Apa yang kita perlukan bukanlah idola yang akan terus menjerumuskan rakyat, terutamanya para pemuda-pemudi kita ke lembah kekusutan, namun apa yang diperlukan adalah idola yang akan dapat mengembalikan kegemilangan dan keunggulan umat yang digelar Allah swt sebagai umat yang terbaik. Hanya selang beberapa hari selepas Fiesta ini, sambutan Maulidur Rasul diadakan bagi memperingati hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Bukankah sewajarnya, pada hari itu dan hari-hari seterusnya, kita menghayati rahmat yang telah Allah turunkan untuk alam semesta ini dan memahami tujuan sebenar Rasulullah saw diutus kepada umat manusia.
Inilah idola yang sewajarnya dijadikan contoh oleh umat manusia, terutamanya para pemuda-pemudi yang merupakan harapan kaum muslimin dalam mengembalikan kegemilangan Islam. Kesedaran yang lahir daripada kefahaman tersebut seharusnya membuatkan kita insaf terhadap apa yang berlaku kepada sebahagian besar kaum muslimin diseluruh dunia. Umat Islam di seluruh dunia pada masa ini sudah tidak lagi dianggap sebagai umat yang terbaik. Umat Islam hari ini sudah jauh ketinggalan di dalam banyak aspek kehidupan. Bahkan, di sesetengah negara, umat Islam berada didalam keadaan yang cukup hina.
TUJUAN RASULULLAH SAW DIUTUS
Firman Allah swt:
“Tidaklah kami mengutus kamu selain sebagai rahmat bagi semesta alam”
[ TMQ Al Anbiyaa’(21) : 107]
“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama, meskipun orang-orang musyrik membencinya.”
[TMQ Ash Shaff (21) : 9]
“Dialah yang mengutus Rasul-Nya(dengan membawa) petunjuk (Al Quran) dan agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”.
[TMQ At Taubah(9):33]
Ayat-ayat di atas menerangkan kepada kita dengan jelas bahawa Allah swt telah mengutus Muhammad saw sebagai Rasul-Nya yang terakhir dengan membawa petunjuk yang merupakan Deenul Haq, mengatasi kesemua ajaran batil yang lain. Rasulullah saw melaksanakan tugas dakwahnya dengan berpandukan kepada wahyu. Jika kita mengharapkan kejayaan sepertimana yang telah dicapai oleh Rasulullah saw, maka pilihan yang ada hanyalah dengan memahami thariqah Rasulullah saw dan menjadikannya sebagai rujukan utama dan idola di dalam kehidupan kita.
Nabi saw menyeru kepada umat manusia keseluruhannya dan mengajak mereka untuk menerima kekuasaan Allah swt. tanpa menyekutukanNya dalam apa-apa bentuk sekalipun. Rasulullah saw telah memperuntukkan sebahagian besar hayatnya untuk menghapuskan kekufuran dan menegakkan agama Allah secara menyeluruh. Rasulullah saw telah membuktikannya melalui penubuhan negara Islam yang pertama di Madinah. Bahkan baginda tidak pernah berhenti dan usaha tersebut diteruskan oleh para sahabat dan para tabi’in sehingga hampir dua pertiga dunia tunduk kepada kedaulatan hukum Allah swt.
HUKUM MENGIKUTI PERBUATAN RASULULLAH
Setiap perbuatan Rasulullah saw mengandungi perintah (thalab) baginda terhadap perbuatan tersebut. Perbuatan tersebut tidak menunjukkan makna wajib, sunah atau mubah. Hanya melalui indikasi (qarinah) tertentu dapat dipastikan samada perbuatan baginda saw tersebut membawa status wajib, sunah ataukah mubah. Kerana itulah, hukum asal perbuatan baginda saw hanya menunjukkan adanya perintah (thalab), bukan yang lain. Kemudian, qarinahlah yang menentukan status perbuatan tersebut samada wajib, sunah atau mubah.
Terdapat dua aspek yang berkaitan dengan perbuatan Rasulullah saw. Aspek pertama adalah yang berkaitan dengan hukum mengikuti perbuatan baginda (hukmu al-ittiba’). Di dalam aspek ini, setiap muslim wajib menjadikan Rasulullah saw sebagai rujukan ketika melaksanakan suatu perbuatan. Aspek kedua ialah hukum melaksanakan perbuatan baginda (al-qiyam bihi). Di dalam aspek ini pula, status setiap perbuatan itu mesti ditentukan melalui indikasi yang terdapat di dalamnya; iaitu samada ianya adalah termasuk di dalam perkara wajib, sunah ataupun mubah.
Di dalam kitab-kitab sirah nabawiyah, kita akan mendapati bahawa sebahagian besar isi kandungannya adalah berkaitan dengan perjuangan Rasulullah saw dalam menegakkan hukum Allah swt di muka bumi ini. Perjuangan yang ditempuh oleh Rasulullah saw di dalam mengembangkan dakwah Islam dan mendirikan negara mempunyai kaedah (thareqah) tertentu dan dilakukan secara berterusan tanpa henti. Ini menunjukkan kepada kita bahawa tanggungjawab untuk mengembang dakwah dan mendirikan negara Islam tidak boleh dinafikan dan ditinggalkan oleh mana-mana individu muslim.
MENEGAKKAN NEGARA ISLAM YANG PERTAMA
Setelah mengkaji sirah secara terperinci, kita akan mendapati bahawa titik bermulanya Islam tersebar ke seluruh dunia adalah melalui kekuatan sebuah negara. Rasulullah saw berjaya membuka kota Mekah dan berjaya mewujudkan rasa gerun di kalangan kuasa-kuasa besar dunia ketika itu, iaitu Rom dan Parsi. Melalui sirah Rasulullah saw juga, kita akan dapati bahawa perjuangan yang dilalui oleh Rasulullah saw bukanlah suatu kebetulan, akan tetapi ianya telah dirancang dengan teliti melalui petunjuk daripada Allah swt. Perjuangan Rasulullah saw menubuhkan negara Islam dapat dibahagikan kepada tiga tahap di mana tahap sebelumnya menjadi prasyarat kepada tahap kemudiannya. Ia bermula dengan tahap Sirriyah, tahap Dzahriyah dan kemudiannya tahap Thalabun Nusrah bagi meraih sokongan dan kekuasaan politik untuk menerapkan Islam.
Tahap 1 : Dakwah Sirriyah
Pada tahap yang awal ini, Nabi saw menyampaikan risalah Islam kepada para sahabat dan kerabatnya. Melalui bantuan kerabat dan sahabat dekat yang telah masuk Islam, Nabi saw mampu mengajak orang-orang lain untuk memeluk Islam. Misalnya, Abu Bakar ra mengajak Utsman bin Affan, Abdurrahman bin Auf, Sa’ad bin Abi Waqqash dan yang lainnya untuk memeluk Islam.
Sepanjang tahap awal ini, yang berlangsung selama tiga tahun, Islam disampaikan secara individu, serta belum ada pertembungan pemikiran atau ideologi dengan orang-orang musyrik dan kehidupan jahiliyyahnya. Pada masa ini, Nabi saw membina dan mengembangkan nafsiyyah dan aqliyyah para sahabat agar berjalan sesuai dengan Al-Quran serta menanamkan keyakinan yang kuat terhadap akidah Islam. Tanpa keyakinan akidah dan thariqah yang mendalam pada diri individu, seperti yang ada pada para sahabat Rasulullah saw, setiap gerakan yang menyeru kepada perubahan akan cenderung untuk melakukan kompromi dan mengelak daripada mencipta sebarang konflik
Oleh kerana itu, Rasulullah saw sangat mementingkan pembinaan keperibadian Islam yang kuat di kalangan para sahabatnya. Proses mendirikan sebuah negara Islam bukanlah bersifat individu. Rasulullah saw sendiri telah mendirikan parti yang terdiri daripada diri beliau sendiri dan para sahabatnya. Ia merupakan usaha yang bersifat kolektif dan pada peringkat Sirriyah inilah, Rasulullah saw telah membentuk sahabat-sahabatnya menjadi suatu unit yang bersedia untuk menempuh tahap seterusnya.
Tahap 2 : Tahap Dzahriyah ( Interaksi Terbuka)
Firman Allah swt:
“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada ( kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokan (kamu), (yaitu) orang-orang yang menganggap adanya tuhan yang lain di samping Allah; maka mereka kelak akan mengetahui ( akibatnya)” [TMQ Al Hijr(15) : 94-96]
Ayat ini menandakan proses perubahan dakwah Rasulullah saw dari tahap pertama ke tahap kedua. Rasulullah saw memasuki tahap kedua melalui wahyu Allah swt. Ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa penentuan setiap tahapan dakwah itu bukanlah berbentuk uslub (cara) yang bersifat mubah tetapi ianya adalah hukum perintah yang mesti diikuti.
Pada tahap kedua ini, Nabi saw mula secara terbuka mengajak orang-orang Mekah untuk menerima dan menyembah Allah swt semata-mata; agar mereka meninggalkan kehidupan jahiliah dan memeluk Islam. Beliau memilih sejumlah uslub untuk membawa Islam ke arena yang lebih terbuka. Misalnya, beliau pernah mengundang sejumlah kerabat, diantaranya terdapat pemimpin-pemimpin Quraisy untuk menghadiri jamuan makan di rumah beliau. Di dalam majlis itu, Rasulullah saw menyampaikan Islam kepada mereka.
Nabi saw juga telah menampilkan kaum muslim sebagai kelompok tersusun dan bersistem (jama’ah mutakattilah) yang beri’tikad untuk menentang dan mengubah masyarakat dari segi nilai-nilai, adat-tradisinya yang bertentangan dengan ajaran Islam, pemikiran dan perasaannnya, serta sistem pemerintahan dan sistem pengaturan urusan kehidupannya. Perjuangan kolektif itu mampu mencipta pandangan awam tentang dakwah Islam dan hal ini membantu penyebaran Islam ke seluruh Mekah. Orang-orang yang masuk Islam adalah mereka yang mempunyai pemikiran dan hati yang memahami kemurnian, kebijaksanaan dan kebenaran Islam.
Ketika menjalankan tugasnya, Nabi saw, terus menyerang sistem jahiliyyah tanpa melalui jalan kompromi atau penyimpangan. Ketika Quraisy tidak mampu menghentikan dakwah Rasulullah saw dengan pemikiran dan perdebatan, mereka kemudian cuba untuk melakukan kompromi dan tawar menawar. Para pemimpin Quraisy mengirim sejumlah delegasi kepada Nabi saw untuk menawarkan harta, kepimpinan dan kekuasaan.
Namun, Nabi saw. menolak segala bentuk kompromi dan terus menyerukan dakwah Islam secara terbuka. Kerana kegagalan tersebutlah menyebabkan pemimpin-pemimpin Quraisy mula melakukan kekerasan untuk menghentikan dakwah Rasulullah saw. Mereka menyeksa dan membunuh kaum muslimin. Mereka juga mengarahkan serangan secara langsung terhadap Nabi saw dengan cara memfitnah, menyebarkan kebohongan dan propaganda untuk menghina beliau, serta usaha untuk membunuh beliau. Namun begitu, usaha-usaha itu juga langsung tidak dapat menghentikan dakwah bahkan kaum muslimin semakin termotivasi. Pada tahap ini, Nabi saw berjuang dengan lebih bersungguh-sungguh.
Ketika Nabi saw menyedari bahawa orang-orang Quraisy tidak akan mendokong penerapan hukum Islam di Mekah, beliau mula mencari dokongan dan kekuasaan dari suku selain Quraisy, misalnya Bani Tsaqif, Kindah, Bani Amir bin Sha’sha’ah, Bani Kalb dan Bani Hanifah. Bukti bahawa Rasulullah saw mencari sokongan dan kekuasaan politik daripada bani-bani tersebut dapat dilihat di dalam catatan sirah merujuk kepada kata-kata suku Amir Sha’sha’ah kepada Rasulullah saw, “ Kami harus menyerahkan leher kami pada pedang orang-orang Arab (membahayakan diri dalam peperangan) demi melindungimu, akan tetapi ketika kemenangan diraih, kekuasaan diberikan kepada kamu?” ( Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam).
Sesungguhnya usaha yang dilakukan oleh Rasulullah saw didalam mencari sokongan dan kekuasaan politik tanpa henti-henti sehingga menempuh kejayaan menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah saw ketika itu menginginkan adanya suatu insitusi yang memiliki kekuatan sebagai pelindung dan penyebar untuk menolong agama ini. Fenomena seperti ini menunjukkan bahawa jalan dakwah Islam bukanlah hanya dengan memanifestasikan kesabaran ketika menghadapi gangguan, malah ia juga dimanifestasikan dengan usaha untuk mewujudkan kekuatan yang boleh melindungi umat Islam.
Lebih dari itu, semua peristiwa dan huraian di atas merupakan batu asas yang merupakan tapak kukuh bagi tertubuhnya Daulah Islamiyyah. Daulah Islamiyyah inilah yang kelak akan menerapkan Islam di tengah-tengah masyarakat, mengembangkan risalahnya yang bersifat global kepada umat manusia seluruhnya, serta yang memiliki kekuatan yang mampu melindunginya sekaligus menghapuskan segala rintangan fizikal yang menghalang penyebarannya.
Tahap 3 : Menerapkan dan Mengembang Islam
Akhirnya usaha Rasulullah saw berjaya mendapat dokongan dan kekuasaan untuk menegakkan Islam. Rasulullah saw berjaya menarik perhatian rombongan haji dari Madinah sehinggalah terjadi peristiwa Bai’ah Aqabah ke 2 . Bai’ah Aqabah ke 2 merupakan janji setia diantara wakil-wakil penduduk Madinah dengan Rasulullah saw. Semasa bai’ah ini, mereka berjanji akan melindungi dan memberikan dokongan serta kekuasaan kepada Rasulullah saw.
Setelah meneliti perkembangan dakwah di Madinah, Rasulullah saw akhirnya memerintahkan kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Hijrah ke Madinah merupakan momentum perpindahan fasa dakwah dari aktiviti yang bersifat lisan dan penuh kesabaran ke fasa penerapan syariat Islam melalui sebuah institusi negara, yakni Daulah Islamiyyah. Fasa ini menjadikan dakwah Rasulullah saw dilakukan dengan cara yang sangat berbeza iaitu melalui institusi negara. Negara inilah yang memerintah dengan Islam serta menerapkannya secara menyeluruh dan mendakwahkannya dengan hujah dan bukti yang nyata, sekaligus mengembangkannnya dengan kekuatan yang mampu melindungi dakwah dari kekuatan kufur.
KEJAYAAN RASULULLAH SAW
Menjadikan Rasulullah saw sebagai idola bukanlah hanya sekadar mengambil nilai-nilai murni akhlak baginda. Ianya adalah lebih daripada itu. Tujuan sebenar Rasulullah saw diutus dapat difahami melalui hasil perjuangan dakwahnya - tertegaknya sebuah negara dan Islam diterapkan secara sempurna dan menyeluruh( kaffah). Sebagaimana firman Allah swt:
“Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah aku cukupkan untuk kamu nikmatku, serta aku redha Islam sebagai agama kamu” [TMQ Al Maidah(5) : 3]
Kejayaan yang dicapai oleh Rasulullah saw sebelum kewafatan baginda adalah menerapkan Islam secara kaffah. Pernyataan bahawa kita menjadikan Rasulullah saw sebagai idola sejati membawa pengertian bahawa kita juga mesti mempunyai matlamat untuk berjuang menerapkan Islam secara kaffah.
Islam tidak boleh diterapkan sebahagian demi sebahagian kerana apabila kita menerapkan Islam secara sebahagian, bermakna kita akan menerapkan hukum kufur pada sebahagian yang lain sedangkan menerapkan hukum dengan hukum selain Islam adalah bertentangan dengan apa yang telah Allah tetapkan. Tidak wajar juga sekiranya Islam diambil hanya sekadar contoh dan suri teladan semata-mata atau menjadi tempelan kepada sistem kapitalis dengan berwajahkan berbagai nama yang indah-indah – namun hakikatnya risalah Rasulullah ini masih tidak diterapkan. Allah swt berfirman:
“Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa telah diturunkan oleh Allah swt mereka itu adalah orang-orang yang fasiq” [TMQ Al Maidah (5)]
WAHAI KAUM MUSLIMIN!
Idola kita yang sebenar adalah Nabi Muhammad saw. Baginda tidak ada tolok bandingannya dengan tokoh-tokoh dunia yang lain, artis mahupun bintang sukan. Tidaklah wajar bagi individu muslim menjadikan tokoh-tokoh selain baginda sebagai idola. Para sahabat dan para tab’in telah menjadikan Rasulullah saw sebagai titik rujukan dan idola mereka. Dengan ketaqwaan dan semangat yang mereka ikuti dari idola ini, mereka telah berjaya membawa Islam ke seluruh dunia dan suatu ketika pernah menguasai dua pertiga dunia. Tidak pernah dunia mengecap keadilan, keharmonian dan kerahmatan selain dari waktu ini.
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan ( kedatangan) hari kiamat dan ia banyak mengingati Allah” [TMQ Al Ahzab (33) : 21]
Obor perjuangan menegakkan Islam telah dinyalakan, hanya menunggu paluan gendang. Pendayung sudah ditangan mengapa termenung kelu dan membisu. Masa kian suntuk, bukalah minda lihatlah dunia dan kita akan tertanya-tanya…adakah ketenangan dan keharmonian di sekeliling kita ini suatu realiti? Ataukah mungkin hanya fatamorgana? Fikir-fikirkanlah.
Wallahua'lam
Friday, February 29, 2008
Wednesday, February 20, 2008
berjuanglah wahai ummat islam
mesti baca...........
Suatu hari, Imam Muhammad Abduh berkunjung ke Perancis. Para penduduknya >bertanya tentang rahsia diharamkan babi dalam Islam. mereka berkata, Umat
>Islam mengatakan babi itu haram kerana ia memakan sampah yang mengandung >cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya. Namun > >sekarang, babi-babi yang dibesarkan dalam penternakan modern >dikembangbiakkan dengan kebersihan yang terjamin dan melalui proses >sterilisasi yang cukup. Ianya tidak mengandungi bakteria dan cacing pita >yang membahayakan kesihatan lagi". Dengan kepandaian yang dimiliki oleh Imam >M. Abduh, beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan dan >seekor ayam betina, > > > >serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina. Mereka bertanya, "
Untuk
>apa ?, beliau menjawab, " Penuhi permintaan saya! Dan saya akan perlihatkan >suatu rahsia yang kalian inginkan!!!".
>
>Imam M. Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu >ekor ayam betina. kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling serang.
>Keduanya berusaha untuk mendapatkan ayam betina dan mempertahankan harga >dirinya sehingga salah satu dari keduanya nyaris mati. Kemudian M. Abduh >menyuruh mereka mengurung ayam-ayam tersebut sambil meminta mereka >melepaskan dua ekor babi jantan dan babi betina. Kali ini mereka menyaksikan >keanehan! Dua babi jantan itu tidak saling serang dan berkelahi, tapi >bekerjasama malah saling bantu-membantu untuk > >melaksanakan 'hajatnya' masing-masing, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri >untuk menjaga babi betina dari temannya. Dalam benak keduanya muncul sifat >jahat untuk merenggut kehormatan sang betina. Kesimpulannya, daging babi >membunuh 'ghirah'(cemburu) orang yang memakannya. itulah yang terjadi >sekarang ini.Kita mungkin pernah berjumpa seorang lelaki yang ketika melihat >isterinya atau anak perempuannya berpeluk dan berjalan dengan lelaki lain
>yang bukan mahram, hanya
>
>membiarkan sahaja tanpa rasa cemburu dan was-was. Mungkinkah >SIFAT-SIFAT BABI SUDAH MENULAR ? Jadi berhati-hatilah dengan makanan anda...
**********************************************************************
MESSAGE DARI STUDENT UPM.
ASSALAAMU?ALAIKUM semua.
Sahabat-sahabat sekalian! Berikut adalah berita terkini
tentang suatu isu tergempar yang dapat kami ceritakan secara ringkas.
Isu
tergempar ini adalah berkenaan apa yang sedang berlaku di
UPM tentang gerakan Missionaries
(Kristianisasi) yang begitu giat bergerak. Kepada sesiapa yang pernah
berkunjung ke UPM, pastinya anda akan sedar bahawa di
pintu masuk UPM tersergamnya sebuah gereja! Inilah
satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) di Malaysia yang mempunyai gereja. Apa yang lebih
menyakitkan hati, lagi
membimbangkan, gereja tersebut bakal diperbesarkan.
Pada mulanya, gereja itu menerima peruntukan bernilai RM 1 juta,
namun mengikut perkembangan terbaru, peruntukan tersebut telah
dinaikkan kepada RM3 juta! Inilah isu yang sedang kami
tentang habis-habisan!
Namun, sebaliknya pihak gereja sedang mengumpulkan tandatangan sebagai justifikasi
terhadap gerakan yang kononnya dilakukan atas dasar ingin
membantu golongan miskin, mangsa rogol, anak yatim dan sebagainya.
Inilah
salah satu perkara yang amat kami gusarkan.. Kami sedang memikirkan penyelesaian yang terbaik buat waktu yang terdekat ini.
Setakat ini, sudah terdapat lima kes pelajar Matrikulasi
UPM menukar agama kepada Kristian! Dan apa yang malang,
ke semuanya adalah pelajar Siswi. Apa yang lebih menyakitkan hati, para Missionaries yang menyebarkan dakyah Kristian ini menggunakan taktik kotor.
Mereka menyelinap masuk ke dalam bilik asrama dan mencampurkan "holy water"
ke dalam sebarang bekas air pelajar seperti jag air, flask, dan seumpamanya.
Perkara di atas begitu serius, dan dilaporkan terdapat satu kes di mana sehingga ke semua anggota sebuah dorm tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah akibat terminum air yang dijerang di lobi
(yang telah dicampurkan "holy water" oleh Missionaries laknatullah ini).
Lantaran itu, para pelajar Islam di UPM ini sentiasa perlu berwaspada serta
berasa amat cemas dan tidak selamat berdasarkan perkembangan terbaru ini.
Kami, sesetengah pelajar UPM, terpaksa membuat rondaan malam, bagi mengesan dan menjejaki kegiatan Missionaries ini dan seterusnya mengambil tindakan sendiri sekiranya pihak UPM tidak berbuat apa-apa bagi menangani hal ini. Berdasarkan pemantauan kami, terdapat satu kejadian di mana terdapat sebuah kereta Kancil berwarna merah, meronda kawasan Kolej beberapa kali sekitar tengah malam. Kereta tersebut dipandu lelaki tua
berbangsa Tionghua berkepala botak, manakala di sebelahnya pula duduk seorang perempuan tidak bertudung kepala. Jika tidak memikirkan akan berlakunya huru-hara, mahu sahaja kami bakar gereja tersebut (jika diturutkan hati kami yang marah ini).
Kepada para pembaca, tolonglah doakan sekali akan keselamatan kami dan para pelajar Islam UPM yang lain. Dan doakanlah pelajar-pelajar yang
telah memeluk agama Kristian itu kembali ke pangkal jalan. Baru semalam
kami mengadakan program solat hajat secara beramai-ramai di Kolej. Namun begitu, apa yang lebih menyedihkan, kami tidak mampu berbuat apa-apa bersifat "offensive" terhadap perkara ini. Ke semua pelajar yang
telah menukar agama itu sudah pasti telah melebihi had umur 18 tahun.
Jadi, mengikut undang-undang negara kita, mereka bebas memilih agama masing-masing dan sebaliknya orang yang memaksa mereka kembali kepada agama Islam boleh didakwa! Ikhtiar kami yang terakhir ialah dengan berbanyak-banyak berdoa kepada Allah SWT agar Allah menyelamatkan kami daripada fitnah besar ini. Kami tidak sanggup melihat pada sesi pengajian akan datang, para pelajar junior kami terdiri daripada Melayu Kristian!
Doa
kalian juga amat-amat kami harapkan. Sedih benar rasanya apabila mengenangkan ini.
Semoga berjumpa lagi.
P/S: Tolonglah "forward"kan e-mail ini kepada sahabat-sahabat kita.
Tolonglah hindarkan anak-anak Melayu ISLAM kita daripada termakan racun dakyah Kritianisasi ini, di samping kita juga perlu menjaga diri kita sendiri.
INSYA-ALLAH setiap usaha yang murni kerana ALLAH, akan diberkati!
************************************************************
SUARA KUBUR
Hanya ingin mengingatkan
Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali:
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Basmallah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawaban kepadanya.
************************************************************************
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;
1. Dunia itu racun, zuhud itu obatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu obatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu obatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu obatnya.
5. Seluruh! tahun itu racun, Ramadhan itu obatnya.
(Kirimkan Untuk Rakan-rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya) Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", yaitu :
1. Ibu dari segala OBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang yang tidak melakukan sholat :
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Dzuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Ashar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isha' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Monday, February 18, 2008
mukaddimah
assalamualaikum... buat saudara seISLAM,shbt2 seperjuangan yg dikasihi dan dirahmati ALLAH.... ALHAMDULILLAH....syukur kpd-NYA krn dgn izin-NYA terhasilnya blok ini. tiada tujuan blok ini dihasilkan melainkan ingin mendapatkan,menyebar,berkongsi,berdiskusi ilmu2 pengetahuan dan sebagai salah satu saluran untuk menyampaikan risalah / dakwah ISLAM...sesungguhnya TIADA KEMULIAAN MELAINKAN ISLAM....mg blog ini membantu diri ini dan saudara2ku sekalian menjadi hamba yang taat kpd ALLAH...menuju kejayaan di dunia dan di akhirat..segala kejayaan adalah dengan ISLAM...
... SABAH DARUL HIDAYAH
pilihanraya-kemusykilan2...?????
Angin Pilihanraya Umum ke-12 semakin kuat bertiup. Mungkin sesi fotografi selepas selesai mesyuarat kabinet baru-baru ini menjadi satu lagi petanda semakin hampirnya PRU12.
Apakah ini suatu spekulasi? Sepatutnya kita tidak perlu berspekulasi kerana pilihanraya adalah milik kita semua dalam sebuah negara yang mentadbir dirinya dengan peraturan demokrasi.
Hairan juga saya dengan saranan sesengah pihak yang menyuruh rakyat berhenti membuat spekulasi tentang tarikh PRU12. Mengapa pula begitu? Semua pihak perlu tahu tentang tarikh penting itu atas pelbagai sebab yang terlalu mudah untuk difahami.
Parti politik yang bertanding perlu menyusun strategi dan mengatur gerak kerja pilihanraya mereka.
Rakyat juga perlu melakukan pelbagai perkara untuk memastikan mereka boleh mengundi. Out station, bertugas di luar negara, melakukan pembedahan elektif, menyusun rotation kerja bagi kakitangan perubatan dan 1001 sebab lagi. Semuanya terpaksa berlaku secara terawang-awang semata-mata tarikh pilihanraya dieksklusifkan menjadi milik empunya titah pemilik kuasa.
Tetapi bukanlah hal itu yang menjadi bahan fikir saya kebelakangan ini.
Apa yang lebih membimbangkan saya, ialah kecelaruan pemikiran para pengundi, khususnya dari kalangan generasi muda yang bakal mengundi buat pertama kali, tentang segala hal yang berkaitan dengan pilihanraya dan proses demokrasi di negara kita.
KEMUSYKILAN 1: AKU TIDAK PEDULISMA
Kemusykilan terbesar yang menjadi ancaman ideologi paling kuno tetapi pesat berkembang iaitu pemikiran AKU TIDAK PEDULISMA yang melanda masyarakat kita, khususnya dari kalangan generasi muda.
Tak peduli, tidak mahu mengambil tahu, tidak kisah… namakan apa sahaja, ia memberikan maksud pilihanraya, proses demokrasi di negara kita dan percaturan politik yang mencorakkan kehidupan mereka secara kolektif, tidak dianggap penting sama sekali.
Ketidak pedulian itu mungkin kerana sudah muak dengan politik negara yang tidak ke mana. Yang memerintah semakin parah, yang mahu menjadi alternatif, belum dapat dilihat kewibawaannya sebagai pengganti. Anak muda bukan ada masa untuk mendengar celoteh ahli politik, baik di pentas mana sekali pun, jika celoteh itu hanya cakap kosong, retorik dan jauh dari pembaris idealisma orang-orang muda. Lantas, sama ada pemerintah atau pembangkang, gagal menjadi mesra orang muda, dan menyumbang kepada kebosanan yang tinggi di kalangan mereka ini terhadap apa sahaja yang dikaitkan dengan politik.
Namun, ketidak pedulian itu juga mungkin sekadar tip of the iceberg. Isunya lebih dari itu. Lebih besar dari sekadar malas untuk peduli kepada pilihanraya. Ketidak pedulian manusia terhadap persekitarannya sering berkait rapat dengan persoalan world view… cara seseorang itu memandang dan menilai kehidupannya. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, tidak jelas tujuan dan maksud hidupnya. Hingga tiada apa yang perlu difikirkan kecuali 5 rukun hidup iaitu makan, minum, kerja, rehat dan kahwin (atau tidak berkahwin tetapi hidup macam orang kahwin).
Mereka ini dibahasakan oleh al-Quran sebagai “seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat adanya”. Ada telinga enggan mendengar, ada mata enggan melihat, ada akal enggan berfikir… lantas dibahasakan oleh al-Quran sebagai binatang ternak.
Jika harimau, ada jugalah megahnya dia di rimba sebagai raja. Tetapi binatang ternak… seburuk-buruk tamsilan untuk manusia yang diberi akal tetapi masih hidup dengan falsafah binatang.
Apa falsafah binatang ternak?
Anda pernah melihat kambing keluar kandang pada waktu pagi dan berazam untuk menjadi kambing yang lebih baik dari semalam? Pastinya tidak! Setiap pagi, apa yang difikirkan oleh seekor kambing ialah, apa aku nak makan hari ini, di mana aku nak berehat, siapa bini aku hari ini, dan itu sahaja. Malang sekali, tidak sedikit manusia hidup dengan falsafah yang sama. Malah kerana dia manusia, bukan hanya berfikir hari ini mahu makan apa, bahkan hari ini mahu makan siapa!
Binatang ternak yang tertambat di batang pokok menunggu saat sembelihan, bagaimana kelakuannya? Jika anda mengasah pisau, apakah lembu kambing itu akan kecut perut memerhatikan pisau atau matanya sibuk merenung rumput hijau yang lazat segar mengelilingi dirinya? Pasti sahaja, lembu dan kambing hanya berfikir tentang rumput dan perut.
Malang sekali, bagi manusia yang hidupnya sekadar untuk makan, minum, kerja, rehat dan kahwin, jika kita ceritakan kepadanya tentang perancangan musuh terhadap kita, penindasan dan korupsi, ketidak adilan dan kebejatan sosial, apa yang mampu difikirkannya hanyalah soal rumput, makanan dan segala kepentingan diri yang berkaitan dengan perutnya semata-mata.
Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi adanya. Sudah diberi akal, tetapi masih hidup seperti binatang.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. [Al-A’raaf 7: 179]
Apakah sikap tidak peduli, lumpuh reaksi dan hambar terhadap tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara, merupakan simptom besar kepada melatanya generasi yang hilang arah dan tujuan hidup?
Semua pihak perlu serius memikirkan hal ini. Mereka yang bertanding, yang berkempen, yang berdakwah, yang bersiasah… isu ini isu semua. Pilihanraya, demokrasi, baik pulih pemerintahan… adalah isu yang tidak punya sebarang makna bagi manusia yang hanya berfikir tentang perutnya.
KEMUSYKILAN 2
oleh luasnya capaian internet, pelbagai idea dengan begitu mudah bertebaran dan tersebar tanpa sempadan. Kita menyediakan masyarakat yang bebas dalam bermaklumat tetapi pendidikan dan keseluruhan struktur rakyat kita tidak menyediakan masyarakat yang bijak mengendalikan maklumat.
Idea bahawa demokrasi itu Barat, tidak Islamik, Haram, justeru penyertaan sesiapa ke dalam pilihanraya dan sistem demokrasi dianggap sebagai bertentangan dengan Islam… menjadi sebahagian daripada wacana anak muda hari ini!
Ini bukan isu baru. Ia sudah lama diperkatakan, malah sudah pun dijawab dengan hujah dan penjelasan yang bertimbun-timbun. Tetapi ia baru popular di Malaysia.
Lantas golongan Islamist (izinkan saya menggunakan istilah ini) bercakaran sesama sendiri. Ketika golongan yang sedar dan celik politik itu kecil jumlahnya berbanding penganut AKU TIDAK PEDULISMA, golongan sedar ini pula tenggelam dalam diskusi yang entah di mana hujung pangkalnya. Apatah lagi wacana tentang hal ini dibahaskan dengan penuh emosi, dan meminjam teladan sejarah secara membuta tuli lagi tepu dengan elemen romanticism yang tidak rasional, lantas semua orang menjadi self proclaimed scholars mencampuri diskusi ini bahawa demi Islam, jangan terlibat dalam demokrasi dan pilihanraya, apatah lagi untuk mengundi calon Islamist.
Apakah cara golongan ini bernegara? Ceritanya panjang, namun pastinya kegagalan generasi muda menyelesaikan isu ini akan sedikit sebanyak melengahkan mereka daripada bertindak betul dan terus melayan siang serta malam dengan teori atas angin yang tidak berpijak di bumi yang nyata.
KEMUSYKILAN 3
Selain persoalan demokrasi dan pilihanraya, muncul pula duri-duri dan miang buluh golongan ultra salafi yang melabelkan pembangkang sebagai khawarij, mengkritik dan mempertikaikan pemerintah secara terbuka adalah suatu dosa, dan hadith-hadith yang dahulunya dipelajari secara sistematik dalam wacana Siasah Syariyyah, tiris lalu menjadi lopak-lopak di forum internet, lalu dibincangkan tanpa hujung pangkal oleh anak muda yang bernafsu tinggi kepada idea dan fikrah.
Hadith larangan menentang pemerintah selagi mana solat ditegakkan dan yang seumpama dengannya ditabur bagai butir beras kepada ayam-ayam kais ilmu pagi dan petang hingga gagal dikonsepkan dengan betul. Hadith yang dibahaskan secara tidak harmoni dengan Usul Fiqh, mengkesampingkan Qawaid Fiqhiyyah apatah lagi untuk dikukuhkan dengan sosiologi agama, menjadikan tafsiran ultra salafi sangat literalis hingga lebih mementingkan tafsirannya terhadap teks, biar pun tafsiran itu gagal menghubungkan teks dengan konteks.
Semuanya jadi sebegitu mudah, dan proses pembelajaran berstruktur lagi berintegrasi di antara pelbagai disiplin keilmuan Islam, tidak lagi dianggap perlu. Hanya dengan membaca artikel, berforum, mendengar rakaman kuliah, golongan muda ini sudah menganggap diri mereka bersedia untuk mencabut skru tanpa sedar akan upaya diri untuk memasangnya semula dengan betul.
Apa yang berlaku, hanyalah kerugian masa, tenaga dan peranan golongan sedar yang sudah sedia sedikit itu.
Besar manakah pendukung fahaman seperti ini?
Mungkin penonton Anugerah Juara Lagu lebih ramai, tetapi kuasa internet menjadikan pemikiran seorang pun, boleh menggoncang ribuan yang membacanya, lalu memberi bekas kepada proses demokrasi dan pilihanraya, khususnya kepada golongan muda.
Ia adalah contoh kesan structured knowledge yang dibentangkan sebagai bilah-bilah dialog artikel tanpa asas, atau forum yang sering terbabas.
Mungkin idea pembangkang Islamist dilabel Khawarij itu boleh dimanipulasi untuk melemahkan pembangkang dan menguntungkan pihak yang ingin menang, tetapi saya melihatnya lebih kepada gangguan sistem yang merugikan semua pihak tanpa ada sesiapa yang untung di perjalanan jangka masa panjang.
KEMUSYKILAN 4
Beberapa insiden, kesilapan dan kesalahan yang berlaku di pihak pembangkang, sama ada di dalam urusan parti mahu pun ketika mentadbir negeri, mungkin menimbulkan rasa kecewa sesetengah kita. Kekecewaan itu bukan semuanya tidak berasas atau sekadar mainan perasaan. Bagi mereka yang membaca kritikan setajam kritikan Olivier Roy di dalam bukunya The Failure of Political Islam, ia mungkin menimbulkan rasa sesak dada kerana golongan seperti ini tersepit di antara kepincangan pemerintah yang ada, dengan pembangkang yang gagal.
Kekecewaan itu juga mungkin datang dari kesempitan definisi mereka terhadap kemenangan. Mereka mengukur kemenangan dan kekalahan hanya kepada soal mendapat kerusi dan bilangan undi. Lantas mereka menghitung belasan kekalahan pembangkang dan golongan Islamist di dalam sejarah pilihanraya negara kita.
Sedangkan mereka lupa kepada perubahan yang telah berlaku kepada masyarakat. Jika perlaksanaan Syariah masih belum berlaku dan ia dianggap kegagalan, bagaimana pula dengan tahap kefahaman masyarakat kita tentang Islam sebagai suatu cara hidup 20 tahun yang lalu, berbanding hari ini? Jika 20 tahun yang lalu, sebutan tentang hukum hudud diwacanakan secara jahil, hina dan biadab oleh masyarakat kita, apakah masih kedengaran intonasi yang sama pada tahun 2008?
Bagi ahli politik dan muslim yang berminda faqih, hakim dan qadhi… seorang yang dahulunya minum 10 gelas arak tetapi kini berkurang kepada 7, tetap dianggap sebagai peminum arak. Namun jika kita melihat pengurangan 10 kepada 7 dari perspektif seorang daie, seorang pendidik dan aktivis masyarakat, ia adalah suatu pencapaian, suatu perkembangan yang positif.
Golongan Islamist mungkin boleh terus menangis atas kekalahan demi kekalahan pada bilangan kerusi dan jatuh naik hitungan undi.
Tetapi di sana ada 100 kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai di sepanjang jalan dan pengalaman yang ada. Mata politik mungkin selalu kecewa, tetapi mata pendidikan sering menyinarkan harapan.
Maka golongan yang kecewa dengan pencapaian Islamist dan pembangkang secara umumnya, janganlah menterjemahkan kekecewaan itu sebagai bonggol-bonggol jalanan yang menyulitkan perjalanan masyarakat. Sebaliknya gunakan kekecewaan itu sebagai suluhan untuk mengenal pasti kelemahan yang ada lantas seterusnya mengemukakan penyelesaian secara bijaksana. Jiwa mengemukakan penyelesaian harus sebesar jiwa menimbulkan persoalan.
MUHASABAH
Sesungguhnya kemusykilan di atas adalah sebahagian daripada apa yang sempat saya fikirkan buat masa ini. Ia mendesak saya untuk semakin percaya bahawa proses demokrasi di sesebuah negara hanya mampu berkembang sihat jika semangat berpolitik seiring dengan semangat mendidik dan memahamkan masyarakat tentang tanggungjawab dan hak mereka. Bukannya memanipulasikan sifat naive masyarakat yang undinya diubah-ubah dengan baja tahi kelawar, kain pelekat dan surah yasin dengan bookmark RM50.
Jangan gadai negara dengan jual beli undi anda… sekurang-kurangnya itu pesan Tun M, mantan Perdana Menteri Malaysia selepas beliau turun dari pesada.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Kuala Lumpur

Saturday, February 9, 2008
Rakyat tak bayar bil kena saman, pemimpin Umno/BN rasuah bebas - Mujahid
Wan Nordin Wan Yaacob Sun Feb 10, 08 10:34:55 am MYT
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Hrkh)] - Ramai di kalangan pemimpin Umno/BN yang dituduh terbabit dengan rasuah membabitkan jutaan ringgit di negara ini bebas, sebaliknya rakyat yang tidak membayar bil hanya kira-kira RM50 disaman hingga ada yang ditahan, kata AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof Rawa.
-->
Mujahid berkata demikian dalam ceramahnya di Kuala Kubu Baru di Selangor malam tadi yang dihadiri ramai di kalangan bukan Islam.Turut hadir berceramah ialah, wakil Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), N.Gobalakrisnan.
"Selepas 50 tahun kita merdeka, apa yang berlaku ialah apa yang dilakukan kerajaan hanya menyebabkan orang MCA marah kepada MCA, MIC marah kepada MIC, orang Melayu marah kepada Umno,
Menurut Mujahid, negara ini sangat kaya dengan hasil dan khazanah negara, bagaimanapun salah tadbir yang diamalkan Umno dengan amalan rasuah, penyelewengan dan pembolotan hasil kekayaan oleh segelintir kroni menyebabkan rakyat merana.
"Negara kaya, orang bawah tidak dapat agihan kekayaan itu.Kerajaan hanya pentingkan mega projek, mahu kasi projek besar2-besar kepada kroni,
"Rakyat kena cukai, kenaikan tol dan pelbagai cukai-cukai lain. Penghapusan subsidi minyak sebabkan rakyat kena tangung harga minyak tinggi," katanya.
Apa yang memedihkan lagi kata Mujahid, rakyat yang susah yang tidak mampu membayar bayar bil perkhidmatana RM50 ringgit dikenakan tindakan hingga disaman dan ditahan.
Sebaliknya pemimpin yang kaya-raya yang disabitkan dengan kes rasuah hingga ada yang laporannya dibawa ke Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidakpun dikenakan tindakan.
Malah katanya lagi pemimpin Umno/BN yang dituduh rasuah bebas untuk terus menyedut duit rakyat dengan rakusnya.
"Mereka curi duit negara tetapi tak ditangkap, tetapi rakyat tak bayar bil RM50 kena saman," katanya.
Bagi Mujahid, kerajaan yang diterajui Umno/BN sebenarnya tidak boleh menjaga kebajikan negara, sebaliknya Barisan Alternatif (BA) mampu untuk menjaga rakyat.
"Justeru pengundi mesti bentuk politik baru masa depan negara yang diterajui BA.BA akan perjuangkan konsep orang Melayu mesti anggap masalah orang India adalah masalah orang Melayu, orang India mesti anggapa masalah Melayu masalah India juga, orang Cina mesti anggap masalah Melayu masalah mereka juga dan orang Melayu mesti anggap masalah orang Cina masalah Melayu juga," katanya.
Jika hal ini tidak berlaku katanya, perpaduan di negara ini akan terus bermasalah selagi Umno/BN menjalankan dasar perkauman yang diwarisi sejak 50 tahun lalu. Klik untuk Sumbangan Dana Pembaca HarakahDaily.Net.-->

Friday, February 8, 2008
Kecintaan Kepada Syahid
Dalam kebanyakan surat-surat yang dikirimkan oleh Rasulullah SAW kepada beberapa orang raja adalah bertujuan supaya mereka memeluk agama Islam, salah seorang di antaranya ialah raja Busra, surat kepada raja ini di hantar oleh Haris bin Umar Azdi ra. Sewaktu membawa surat ketika Haris bin Umar ra. sampai di Mauta beliau telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang gabenor Kaisar. Pembunuhan ini adalah bertentangan dengan semua undang-undang kesusilaan di antara suku-suku, sebab Haris bin Umar ra. adalah utusan untuk menyampaikan surat.
Rasulullah SAW sangat dukacita atas kematian Haris, lalu baginda mengumpulkan seramai 3000 pejuang yang gagah berani untuk menentang musuh yang jahat itu. Rasulullah SAW, melantik Zaid bin Harthah sebagai ketua pasukan. Kemudian Baginda SAW, bersabda kepada para pejuang yang akan ke medan pertempuran: “Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar bin Abi Talib hendaklah mengetuai pasukan dan jika Jaafar juga terbunuh maka Abdullah bin Rawahah hendaklah mengetuai pasukan. Dan sekiranva Abdullah juga terbunuh maka bolehlah kamu semua memilih seorang ketua di kalangan kamu orang yang kamu kehendaki.” Seorang Yahudi yang kebetulan berada di situ berkata: “Pasti ketiga-tiga mereka ini akan terkorban kerana ini adalah lumrah sebagimana para-para Nabi yang terdahulunya selalu meramalkan.”
Sebelum tentera Islam berangkat menuju ke medan pertempuran, Rasulullah SAW memberikan sehelai bendera putih yang diperbuat sendiri oleh baginda SAW kepada Zaid. Rasulullah SAW menemani tentera-tentera Islam beberapa langkah di luar Kota Madinah dan baginda berdoa: “Semoga Allah SWT akan mengembalikan kamu semua dengan selamat dan memperolehi kejayaan. Semoga Allah memelihara kamu semua dari segala kejahatan.”
Setelah Rasulullah SAW selesai berdoa, Abdullah bin Rawahah menyampaikan tiga rangkap syair yang bermaksud: “Aku hanya mengiginkan keampunan terhadap segala dosa-dosaku dan sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar keluar seperti air yang mengalir keluar dari mata air. Atau sebilah tombak untuk menembusi masuk keliang hatiku dan isi perutku. Dan ketika insan-insan melalui di tepi kuburku, mereka akan berkata: Semoga engkau telah gugur kerana Allah.... berjaya dan makmur. Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur.”
Di pihak musuh pula ketuanya yang bernama Sarjil, telah mengetahui mengenai persediaan tentera Islam, Sarjil mengumpulkan 100,000 tentera yang lengkap dengan alat kelengkapan perang untuk menghadapi serangan tentera Islam. Ketika, Sarjil dan bala tenteranya hendak mara, ia mendapat berita bahawa Kaisar sendiri sedang mara dengan satu batalion tentera yang terdiri dari 100,000 orang untuk menolong Sarjil. Apabila berita ini sampai kepada para sahabat yang sedang dalam perjalanan untuk berperang dengan pihak musuh, mereka merasa ragu-ragu dan mereka berfikir samada mara atau pun tidak untuk menentang musuh Islam yang berjumlah 200,000 orang itu. Atau mereka mengirim utusan kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan nasihat.
Dalam ragu-ragu itu Abdullah bin Rawahah dengan penuh semangat pejuang berkata dengan suara yang lantang: “Wahai para sahabatku, apakah yang membimbangkan kamu semua. Apakah tujuan sebenar kamu semua datang kesini? Bukankah kamu semua datang kesini untuk mati syahid. Kita sebagai pejuang-pejuang Islam tidak pernah memperjuangkan tenaga kita dengan kekuatan senjata dan kekuatan bilangan tentera. Perjuangan kita adalah semata-mata kerana Islam yang telah dimuliakan oleh Allah SWT ke atas setiap kita pejuang-pejuang agamaNya. Kita hendaklah mempastikan salah satu antara dua: Kemenangan atau syahid.”
Apabila para sahabat yang lain mendengar kata-kata semangat dari Abdullah bin Rawahah, maka para sahabat pun bertekad untuk bertemu dengan tentera-tentera Kristian di medan peperangan Mauta.
Apabila sampai di medan pertempuran, Zaid ra. menggenggam bendera di tangan dan mengarahkan tugas bagi menghadapi pertempuran, maka berlakulah pertempuran yang sengit di antara tentera Islam dengan tentera Kristian. Dalam pertempuran yang sedang rancak berjalan itu, saudara lelaki Sarjil mati dan Sarjil sendiri melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah kubu.
Sarjil telah mengirim berita kepada Kaisar tentang masalahnya dan meminta bantuan tentera, maka Kaisar pun menghantar tenteranya yang gagah berani seramai 200,000 untuk membantu Sarjil. Tentera Islam tetap bertarung dengan semangat jihad walaupun angka tentera musuh jauh berbeza dari tentara Islam yang cuma 3000 orang sahaja. Dalam pertempuran yang sengit itu maka syahidlah Zaid ketua panglima tentera Islam.
Jaafar ra. mengambil alih sebagai ketua dan menggenggam bendera, beliau dengan sengaja melumpuhkan kaki kudanya agar beliau tidak dapat meninggalkan medan pertempuran jika datang perasaannya untuk meninggalkan medan pertempuran. Dalam peperangan yang sedang rancak berjalan itu Jaafar membaca beberapa ungkapan syair: “Wahai manusia! Betapakah indahnya syurga. Dan betapa gembiranya tentang kehampirannya! Kecelakaan orang-orang Rom berada di dalam genggaman tangan, aku mesti hapuskan mereka semua.”
Dengan memegang bendera Islam yang berkibaran di sebelah tangan dan sebelah tangan lagi memegang pedang beliau terus meluru ke arah musuh. Sewaktu meluru tangan kanan beliau yang memegang bendera telah ditetak, beliau dengan segera memegang bendera dengan tangan kiri, tetapi tangan kiri beliau juga ditetak, beliau tetap memegang kuat dengan menggigit bendera dengan bantuan kedua belah bahunya yang telah kudung. Darah mengalir seperti air paip. Datanglah musuh dari arah belakang lalu menetak Jaafar ra. sehingga terbelah dua, dan syahidlah Jaafar ra. Umur Jaafar ra. ketika itu ialah 33 tahun.
Abdullah bin Umar ra. menceritakan, “Ketika kami mengangkat beliau keluar dari medan pertempuran. Kami dapat mengira bahawa terdapat 90 liang luka di badan beliau.”
Sewaktu Jaafar ra. terbunuh Abdullah bin Rawahah sedang makan daging di penjuru medan peperangan. Beliau sudah tiga hari kelaparan. Sebaik sahaja beliau mendengar berita tentang kematian Jaafar. Dengan segera beliau mencampakkan daging dengan berkata “Abdullah kamu ini asyik sibuk dengan makan, sedangkan Jaafar telah sampai ke syurga.”
Tanpa membuang masa Abdullah bin Rawahah terus mencapai bendera dan meluru ke arah musuh. Dalam pertempuran anak-anak jarinya banyak yang parah dan banyak yang tergantung dengan isi. Beliau meletakkan anak-anak jarinya ke bawah lalu dipijak dengan kaki dan ditarik sehingga jari-jarinya bercerai dari tangannya.
Kemudian beliau terus mara dan beliau berhenti sebentar dan memikirkan tentera Islam yang sedikit berbandingkan tentera musuh yang ramai. Dalam tengah berangan-angan itu dia tersentak dan berkata ia dalam hatinya: “Wahai hati, apa yang menyebabkan kamu memikirkan demikian?” Adakah kerana cinta kepada isteriku? Kalau begitu aku ceraikan kamu pada saat ini juga. Adakah kerana hamba-hamba? Kalau begitu aku bebaskan mereka semua. Adakah kerana kebun? Kalau begitu aku berikan sebagai sedekah.”
Oleh kerana keletihan dan kelaparan, beliau turun dari kudanya, sementara sepupunya datang membawa sekeping daging kepadanya dengan berkata: “Kamu tidak dapat tidur dan makan kerana kelaparanmu selama tiga hari.” Apabila Abdullah hendak mengambil daging tersebut, beliau mendengar laungan musuh di salah satu sudut medan pertempuran, beliau melemparkan daging tersebut. Dengan pedang yang terhunus beliau meluru ke arah musuh dan berjuang sehingga beliau syahid di medan pertempuran itu.

islam mengajar ummatnya brsyukur kpd nikmat kurniaan ALLAH.
JADILAH ORANG YANG BERSYUKUR DAN MNEGINGATI ORANG LAIN YANG LEBIH SUSAH
Semoga kita tahu mensyukuri nikmat hidup yang dimiliki saat ini... jangan rasa diri kita yang paling susah tapi masih ramai saudara kita yang susah dalam mengecapi hidup ini.. jadilah hamba yang bersyukur
Satu "bukti" yang memperkuat alasan, Kenapa kita sepatutnya mensyukuri makanan dan minuman yang masih dengan mudah kita dapatkan...ironisnya, bukankah dengan mudahnya kita masih saja sering menyia-nyiakan (membuang) makanan/minuman yang kita anggap lebih? I feel very GRATEFUL for what I have today... We are so lucky! contemplate on this...He who labors diligently need never despair; for all things are accomplished by diligence and labor. "I felt very fortunate to live in this part of the world. I promise I will never waste my food no matter how bad it can taste and how full I may be. I promise not to waste water. I pray that this little boy be alleviated from his suffering. I pray that we will be more sensitive towards the suffering in the world around us and not be blinded by our own selfish nature and interests. I hope this picture will always serve as a reminder to us about how fortunate we are and that we must never ever take things for granted. Think & look at this...when you complain about your food and the food we waste daily..." MAY ALL BEINGS BE FREE FROM SUFFERING!!!! Please don't break this and keep on forwarding it to all our friends. On this good day, let's make a prayer for the suffering in any place around the globe and send this friendly reminder to others.

Subscribe to:
Posts (Atom)