Hud-hud, Burung Kecil yang Berjiwa Besar
Hud-hud, si burung kecil yang menjadi salah satu bala tentera Nabi Sulaiman, berinisiatif terbang ke negeri Saba’, tanpa perintah Sulaiman. Selaku pemimpin, Sulaiman tentu gusar atas pemergian Hud-hud yang tidak diketahuinya. Baginda bahkan akan memberikan hukuman keras ke atas Hud-hud kerana sikapnya itu. Sulaiman kemudian berusaha bertanyakan ke mana gerangan Hud-hud pergi.
Tidak lama, Hud-hud muncul. Sebagai pemimpin, Sulaiman melakukan pemeriksaan (mutaba’ah), ke mana ia tidak nampak sejak tadi. Tapi Hud-hud bukan jenis sebarangan perajurit, apatah lagi suka mensia-siakan amanah. Hud-hud mungkin malah sudah bersedia dengan segala alasan syar’i, alasan struktur (tandzimi), dan alasan konsepsi (minhaji).
Secara syar’i, inisiatifnya untuk pergi meninggalkan Sulaiman sang komandan bukan untuk urusan maksiat. Secara struktur (tandzimi), ia mengamalkan sikap perajurit yang kreatif, mencari hal-hal yang bermanfaat bagi Sulaiman. Sedang secara minhaji, ia telah melakukan pengamatan tentang tingkah laku ratu Saba’ dan kaumnya yang bertentangan dengan misi aqidah Sulaiman.
Hud-hud memang perajurit yang cerdas. Ia sangat mengerti akan misinya menyebarkan dakwah tauhid kepada seluruh penduduk bumi. Bermula dari inisiatif Hud-hud itu, kemudian berlakulah peristiwa besar. Ratu Saba’ tunduk dan mengikuti agama tauhid Sulaiman. Hud-hud telah melakukan tugas dengan baik, serius dan keberaniannya menanggung risiko.
Tiga perkara yang dapat dipetik daripada sikap Hud-hud iaitu pertama, seorang da’i harus memiliki inisiatif dan kreativiti dengan menimbang kemaslahatan yang ada. Tidak ada yang harus merasa kecil, kerana Hud-hud pun seekor burung yang kecil. Selama tidak keluar dari koridor misi dakwah yang telah ditimbang risikonya, seorang da’i tetap dituntut melakukan inisiatif dan kreativiti, namun perlu dalam ruang lingkungan amal jamaie.
Kedua, seorang pimpinan, meski berwawasan luas, harus sedar bahawa tidak semua persoalan diketahui dengan baik. Sulaiman adalah nabi yang dikurniakan Allah mampu memahami bahasa haiwan dan jin, tapi jelas baginda tidak mengetahui keberadaan negeri Saba’ yang masih tenggelam dalam syirik kepada Allah.
Ketiga, sepintas yang dilakukan Hud-hud adalah pekerjaan yang kecil, hanya menyaksikan sekelompok kaum yang menyembah matahari. Tapi Hud-hud memiliki sudut pandang yang tajam. Ia mampu memandang fenomena itu dari sudut pandang lain. Hud-hud menyampaikan informasi yang diperolehnya dengan baik, tidak dibantah, dan meyakinkan kepada Nabi Sulaiman hingga akhirnya menyebabkan Ratu Saba’ beriman.
Begitulah seharusnya seorang da’i. Boleh jadi, orang memandang suatu peristiwa biasa-biasa saja. Namun, seorang da’i harus mampu menilai fenomena itu dari sisi yang berbeza terkait dengan misi dakwah yang diembannya.
***********************************************************************************************************Al-Harith Al-Muhasibi rahimahullah berkata,
“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia bagi seseorang setelah mengenal Allah, daripada mengenal perkara-perkara yang dibenci Allah, iaitu perakra-perkara yang dilarang-Nya. Kemudian mengenal perkara-perkara yang dicintai Allah iaitu perkara-perkara yang diperintahkan dan dicintai-Nya. Maka, perbuatan paling utama untuk mendapat redha Allah adalah menjauhi perkara-perkara yang dibenci-Nya, kemudian melaksanakan perkara-perkara yang dicintai dan disukai-Nya.
Anugerah Paling Besar Buat Para Pendakwah : Yakin Kepada Janji Allah
Yakin kepada Allah ialah keimanan yang kuat, pegangan yang mantap, kepercayaan yang utuh serta ketengangan hati yang padu terhadap keesaan Allah, kekuasaan-Nya, kekuatan-Nya, keagungan-Nya, dan kebijaksanaan-Nya. Yakin bahawa hanya sesungguhnya hanya dia saja yang benar. Selainnya adalah batil.
Hidayah-Nya sahajalah yang sebenar-benar petunjuk. Tidak ada lagi selain daripada petunjuk-Nya kecuali keksesatan. Sesungguhnya tiada penolong selain Allah. Tiada tempat berlindung, tiada penyelamat daripada azab-Nya kecuali Dia. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara Allah, Allah akan memelihara dia. Sesiapa yang bertawakal kepada-Nya akan ditolong-Nya. Setiap apa yang yang ditakdirkan oleh Allah itulah yang baik. Kesudahan yang baik adalah untuk mereka yang bertaqwa tiada permusuhan kecuali ke atas orang-orang yang zalim.
Yakin kepada Allah yang Esa merupakan tiang seri yang di atasnya tertegak dakwah. Terbinanya sesuatu kebangkitan dan terciptanya kejayaan. Diceritakan pada suatu masa dulu, terdapat seorang lelaki beriman lagi soleh. Dia tidak disenangi oleh pemerintah yang zalim kerana ketegasan dan keberaniannya menyuarakan kebenaran.
Dia ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara dengan cara yang begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan.Beberapa hari kemudian dia dilawati oleh pesuruh raja untuk meninjau keadaannya di dalam penjara. Alangkah terkejutnya pesuruh tersebut apabila dia mendapati lelaki soleh itu berada dalam keadaan tenang, riang dan gembira.
Dia bertanya penuh kehairanan. Apakah rahsia kebahagiaannya sedangkan dia terkurung di dalam bilik sempit. Dikelilingnya dinding serta tembok yang sepi?Mukmin yang soleh pun menjawab: “Setiap hari saya mengambil ubat yang terdiri daripada tujuh ramuan. Ubat itulah yang menjadikan saya seperti yang awak lihat”.
Pesuruh itu bertanya dengan penuh kehairanan ingin mengetahuinya. “Apakah ubat yang awak ambil dan apakah ramuannya?. Mukmin yang soleh itu pun menjawab:Ramuan pertama adalah yakin (tsiqah) kepada Allah. Sesungguhnya yakin kepada Allah sepenuhnya menjadikan aku tenang menerima apa sahaja ketentuan Allah ke atas diriku. Aku yakin apa yang ditentukan-Nya itulah yang lebih baik untukku. Sekalipun pada zahirnya aku nampak tidak baik.
Dia telah berfirman “… boleh jadi engkau bencaikan sesuatu sedangkan ia baik untuk kamu. Dan boleh jadi engkau sukakan sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”. (Surah al-Baqarah 2:216)
Ramuan kedua adalah aku yakin bahawa ketentuan Allah pasti akan terlaksana. Tiada siapa yang dapat lari darinya. Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menolak ketetapannya. Maka semestinyalah aku redha dengan ketetapan Allah, tidak merintih dan menyesalinya
Ramuan ketiga pula aku yakin bahawa apa yang aku hadapi hari ini merupakan ujian daripada Allah. Kejayaan di dalam sesuatu ujian hanya boleh dicapai dengan bersabar serta mengharapkan ganjaran daripada Allah. Dan aku sentiasa meletakkan harapan yang tinggi bahawa Allah akan menggantikan untukku keadaan yang lebih baik sama ada di dunia ataupun di akhirat. Dengan itu aku tidak dihimpit kerisauan dan keluh kesah.
Ramuan keempat ialah aku yakin bahawa jika aku tidak sabar maka apakah gunanya aku merintih? Pastinya rintihan hanya akan menambahkan kesedihan, kerisauan, keluh kesah yang akhirnya membawa padah tidur tak lena, makan tidak berselera dan ibadah tidak bahagia.
Ramuan kelima adalah tidak mustahil aku akan ditimpa bencana yang lebih teruk daripada apa yang aku alami sekarang. Lantaran itu aku bersyukur kepada Allah terhadap bencana yang aku terima ini. Bukankah pepatah ada menyebut sesiapa yang melihat kesusahan orang lain akan merasa ringan kesusahan yang ditanggungnya.
Ramuan keenam pula, musibah yang menimpa diriku bukan pada agamaku. Sesungguhnya yang sebenar-benarnya musibah itu ialah musibah pada agama iaitu apabila seseorang insan berada di dalam kesesatan, kefasikan atau kekufuran. Adapun musibah yang lain daripada itu, sama ada terhadap harta, anak atau diri sendiri semua itu ringan sahaja. Kesannya pun hanya seketika berbanding dengan musibah pada agama serta kesesatannya. Lantaran itu Rasulullah SAW berdoa: “Wahai Tuhanku, janganlah Engkau jadikan musibah kami ke atas agama kami”.
Ramuan ketujuh dan yang akhir, sesungguhnya aku sedang menanti pertolongan daripada Allah. Dari satu detik ke satu detik kerana sesungguhnya semua urusan itu di tangan Allah. Berterusannya sesuatu keadaan itu adalah sebahagian daripada perkara yang mustahil. Firman Allah yang bermaksud: “…dan demikianlah Kami tukar gantikan hari-hari itu di antara manusia…” (Surah Ali-Imran 3:140)Demikian besarnya erti keyakinan kepada Allah.
Sesungguhnya apa yang dianggap oleh mukmin yang soleh itu merupakan manifestasi rahmat keyakinan yang dianugerahkan Allah kepadanya. Firman Allah yang bermaksud “Apa-apa rahmat yang dibukakan Allah kepada manusia, maka tidak ada yang akan dapat menahannya. Dan apa-apa yang ditahan-Nya, maka tidak ada yang akan dapat memberikannya selepas itu. Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Surah Faathir 35:2)Syeikh Muhammad Abdullah al-KhatibMihwar Bil. 5
Friday, February 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment